Saturday, February 27, 2010

Penulisan LO 2(Impact of LD)

1.0 PENGENALAN

Bilangan kanak-kanak yang menghadapi Masalah pembelajaran di Malaysia tidak dapat dikenalpasti secara tepat namun menurut Carol Turkington and Joseph R.harris, dalam buku berjudul Understanding Learning Disabilities menyatakan bahawa terdapat seorang daripada setiap lima orang di United States mengalami masalah pembelajaran.Namun demikian terdapat lagi bilangan kanak-kanak masih tidak direkodkan kerana kanak-kanak ini tidak menerima ujian diagnostik yang betul atau tidak mendapat rawatan kerana mereka ini dianggap tidak memerlukan perhatian yang khusus.

Tetapi tidak semua murid yang menghadapi masalah dalam pembelajaran merupakan kanak-kanak bermasalah pembelajaran (learning disabilities). Sesetengah kanak-kanak mungkin menunjukkan perkembangan yang agak lewat jika dibandingkan dengan kanak-kanak seusianya yang lain. Oleh yang demikian, betapa pentingnya pengenalpastian yang lebih awal atau rawatan awal bagi mengenalpasti simptom masalah pembelajaran. Di peringkat pembelajaran prasekolah lagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran sepatutnya dapat dikenal pasti. Antara simptom kanak-kanak sebegini adalah menghadapi masalah bagi mengenal huruf, perkataan, menghubungkan bunyi dan huruf, pengiraan atau berkaitan dengan nombor, terlalu aktif atau pasif. Pada peringkat sekolah rendah kanak-kanak ini akan menghadapi masalah untuk belajar perkataan-perkataan baru, bercakap menggunakan ayat yang penuh, memahami perbualan, penulisan dan menguasai penyelesaian masalah matematik dan banyak lagi masalah lain.