Thursday, March 4, 2010

KURIKULUM PENDIDIKAN KHAS BERMASALAH PEMBELAJARAN

Kurikulum Pendidikan Khas Bermasalah Pembelajaran (PKBP) digubal berasaskan kepelbagaian keupayaan individu berkeperluan khas yang tidak dapat menerima manfaat daripada program pendidikan arus perdana. Murid-murid yang berada dalam program PKBP terdiri daripada kumpulan murid dalam spectrum ketidakupayaan yang ringan, sederhana dan teruk dengan pelbagai tahap kefungsian daripada yang tinggi hingga rendah. Oleh itu rekebentuk kurikulum yang dibina adalah bersifat fleksibel bagi membolehkan guru mengembangkan bakat dan potensi sedia ada.


Kurikulum bermatlamat menyediakan ilmu pengetahuan dan kemahiran melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel untuk

memenuhi keperluan individu dengan pelbagai tahap keupayaan ke arah kehidupan bermakna.

Kurikulum ini juga menetapkan satu bentuk pengajaran yang tidak terikat. Ini bermakna aktiviti-aktiviti pembelajaran boleh dibentuk mengikut keperluan dan keupayan murid melalui bidang berikut:

i) Bidang pengurusan kehidupan

ii) Bidang Akademik

ii) Bidang kerohanian dan nilai-nilai murni

iv) Bidang sosial, riadah dan kreativiti.


Bidang Akademik:

i) Komponen bahasa Melayu

ii) Komponen Matematik

iii) Komponen Bahasa Inggeris

iv) Komponen Multimedia.


BIDANG KEROHANIAN DAN NILAI - NILAI MURNI

a. Komponen Pendidikan Agama Islam

b. Komponen Pendidikan Moral


BIDANG SOSIAL, RIADAH DAN KREATIVITI

a. Komponen Pendidikan Jasmani

b. Komponen Pendidikan Seni

c. Komponen Pendidikan Muzik, Gerakan dan Drama

d. Komponen Sains, Sosial dan Alam Sekitar

Melalui proses pengajaran dan pembelajaran yang fleksibel dan bersepadu diharapkan dapat melahirkan individu yang memiliki ciri-ciri berikut:

i. mampu berdikari

ii. berdisiplin dan bersikap positif

iii. bermoral dan beretika

iv. berkemahiran dan berketerampilan

v. produktif dan boleh menyumbang kepada keluarga, masyarakat dan negara

1 comment:

ctzalehamn said...

Perkembangan kanak-kanak bermasalah pembelajaran agak perlahan berbanding kanak-kanak normal yang lain. Oleh yang demikian pelbagai pihak perlu sedar akan keperluan yang diperlukan oleh kanak-kanak istimewa bermasalah pembelajaran. Oleh yang demikian kanak-kanak ini memerlukan sistem pembelajaran yang berbeza supaya mereka dapat belajar dalam suasana dan kurikulum yang bersesuaian dengan perkembangan mereka.