Thursday, March 4, 2010

PROGRAM PENDIDIKAN KHAS DI MALAYSIA




PENDIDIKAN KHAS

Pendidikan Khas ialah program yang dirancang khusus untuk memenuhi pelbagai keperluan murid khas, termasuk penggunaan bahan khas, peralatan khas, teknik p & p mengikut tahap kebolehan & keupayaan pelajar:-

• Perkembangan mental

• Kestabilan emosi

• Integrasi sosial

Apa Dia Pendidikan Khas ?

……… Pengajaran yang bercorak individu direka untuk

memenuhi keperluan-keperluan pendidikan yang berkaitan dengan murid-murid kurang upaya. Pendidikan Khas yang menyediakan peluang-peluang pembelajaran yang tidak disediakan dalam kurikulum yang baku atau biasa atau perkhidmatan-perkhidmatan sekolah biasa “.

Falsafah Pendidikan Khas

Pendidikan Khas di Malaysia adalah satu usaha yang berterusan untuk melahirkan insan yang berkemahiran, berhaluan, berupaya, beriman, berdikari, mampu merancang dan menguruskan kehidupan serta menyedari potensi diri sendiri sebagai seorang individu dan ahli masyarakat yang seimbang dan produktif selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.

Program Pendidikan Khas

Program pendidikan khas di Malaysia dilaksanakan melalui:-

• Sekolah Khas

• Progam pendidikan Khas Integrasi (pengasingan/inklusif)

• Pemulihan Khas

• Program Disleksia

• Pendidikan Vokasional sekolah khas/integrasi(teknik/Vokasional)

Program Integrasi Pendidikan Khas

Merupakan program yang dibuka di sekolah harian biasa yang mempunyai kelas pendidikan khas yang diubahsuai. Program yang ditawarkan merangkumi ketiga-tiga kategori iaitu, Penglihatan, Pendengaran dan Pembelajaran. Selain itu diwujudkan juga Program Disleksia dan Autisme di beberapa buah sekolah.

Program Inklusif

Merupakan program di mana murid-murid pendidikan khas yang berkelayakkan belajar bersama-sama murid-murid aliran perdana di kelas-kelas biasa, termasuk seolah-sekolah yang mempunyai program integrasi ataupun sekolah-sekolah yang tidak mempunyai program integrasi.



No comments: